fbpx

85 peratus pekerja industri di NS sudah divaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PETUGAS PPV Pikas di D’Cattleya, Senawang, Seremban, Negeri Sembilan membantu pekerja industri yang hadir ke PPV berkenaan untuk menerima vaksin Covid-19 masing-masing, baru-baru ini. - Foto MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN

SEREMBAN – Sebanyak 85 peratus atau 54,867 pekerja sektor industri di Negeri Sembilan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin melalui Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Program Imunisasi Industri Covid-19 Awam-Swasta (Pikas) yang dibuka di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Negeri, Datuk Dr. Mohamad Rafie Ab Malek berkata, daripada jumlah pekerja tersebut sebanyak 28,938 orang telah melengkapkan suntikan vaksin dos kedua.

“Program pengvaksinan untuk pekerja industri di Negeri Sembilan berjalan lancar apabila majoriti pekerja iaitu sekitar 85 peratus daripada rekod keseluruhan 73,000 pekerja industri di Negeri Sembilan telah memperoleh vaksin dos pertama.

“Jadual yang dirangka untuk memperoleh vaksin penuh untuk keseluruhan pekerja industri di Negeri Sembilan menjelang pertengahan September 2021 dijangka berjalan sebagaimana dirancang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas Mohamad Rafie, PPV Pikas d’Tempat Country Club, Sendayan yang beroperasi sejak 5 Julai lalu sehingga Ahad lalu telah memberi 39,002 suntikan dos pertama dan 28,938 suntikan dos kedua kepada pekerja industri di negeri ini.

“Manakala PPV Pikas D’Cattleya, Senawang yang mula beroperasi pada 2 Ogos pula telah memberi suntikan dos pertama kepada 15,865 pekerja setakat semalam,” katanya.

“Di samping pengvaksinan di PPV-PIKAS, ramai juga pekerja industri di Negeri Sembilan yang telah menerima suntikan vaksin di PPV Awam di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK),” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI