fbpx

776 jenazah Covid-19 diuruskan JAIS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Sebanyak 776 jenazah Covid-19 beragama Islam telah diuruskan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, jumlah itu berdasarkan rekod sehingga 10 Ogos lalu dengan jenazah Covid-19 paling tinggi diuruskan adalah dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) sebanyak 357 jenazah.

Katanya, berdasarkan pecahan juga kemudiannya diikuti Hospital Ampang (142 jenazah); Hospital Serdang (73); Hospital Kajang (71); Hospital Banting (44); Hospital Tengku Ampuan Jemaah (37); Hospital Shah Alam (13) ; Hospital Hulu Selangor (11) dan Hospital Tanjong Karang (8).

“Manakala bagi hospital swasta dan lain-lain pusat perubatan sebanyak 20 jenazah.

“Selain pihak JAIS, sebanyak 189 sukarelawan daripada lapan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam dan pihak perseorangan yang membantu dalam kerja-kerja pengurusan jenazah ini,” katanya ketika menjawab pertanyaan lisan di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri mengenai perihal caj perkhidmatan tersebut.

Mengulas mengenai caj perkhidmatan, Amirudin yang merupakan ADUN Sungai Tua menegaskan JAIS tidak pernah mengenakan sebarang caj pengurusan jenazah mangsa Covid-19.

“Waris hanya perlu membayar kos tanah perkuburan yang diuruskan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang dianggarkan di antara RM120 hingga RM300.

“Saya juga ingin mengingatkan kepada NGO yang melakukan perkhidmatan pengurusan jenazah mangsa Covid-19 supaya mengenakan caj yang munasabah dan tidak membebankan waris,” jelasnya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI