fbpx

60 keluarga mangsa banjir Yan dibantu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hazman Ahmad (dua dari kiri) menyampaikan cek replika bantuan banjir bernilai RM35,000 kepada Muhamad Zamri Said di Yan, Kedah baru-baru ini.

PETALING JAYA – Sebanyak 60 buah keluarga mangsa banjir di Yan, Kedah dibantu oleh syarikat Pintas Utama Sdn. Bhd. melalui Yayasan Pintas Utama (YPU) hari ini.

Sumbangan kepada kesemua keluarga itu melibatkan bantuan tunai keseluruhan sebanyak RM30,000 selain RM5,000 untuk kos pembaikan surau di Kampung Teroi Bukit, Yan.

Bantuan itu disampaikan susulan kejadian banjir pada Rabu lalu yang mengakibatkan kerosakan harta benda terutama kediaman serta kemudahan penduduk kampung akibat ditenggelami air.

YPU dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Yan telah mengenal pasti maklumat mangsa banjir yang terlibat serta berjaya menghubungi wakil penduduk kampung berkenaan.

Sumbangan disampaikan oleh wakil YPU yang juga Ketua Operasi Cerun, Pintas Utama, Hazman Ahmad kepada Pengerusi Komuniti Kampung Teroi Bukit, Muhamad Zamri Said.

Sebelum ini, YPU telah banyak menghulurkan sumbangan melalui program-program bantuan kepada golongan memerlukan. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI