fbpx

26 PPV Lembah Klang ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sebanyak 26 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Lembah Klang sudah ditutup setakat semalam.

Menurut Jawatankuasa Jaminan Akses Bekalan Covid-19 (JKAV), PPV berkenaan ditutup selepas Ops Lonjakan Kapasiti Lembah Klang Perogram Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) berjaya memvaksin hampir seluruh penduduk dengan sekurang-kurangnya satu dos.

PPV yang ditutup membabitkan daerah Gombak, Klang, Kuala Selangor, Petaling, Sabak Bernam, Sepang, Hulu Langat, Hulu Selangor dan Kuala Lumpur.

“Antara 26 PPV yang ditutup semalam adalah Dewan Alwy Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (Gombak), Hotel Premiere Klang (Klang), Institut Pengurusan Peladang (Kuala Selangor), Persada Plus (Petaling), Dewan Seri Sekinchan (Sabak Bernam), Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi (Sepang), Kajang Mewah Club (Hulu Langat), Dewan Komuniti Serendah (Hulu Selangor) dan Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (Kuala Lumpur).

“Selain itu, PPV Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pula ditutup bermula hari ini,” katanya.

Dalam pada itu, JKJAV memaklumkan PPV Dewan Canselor, MSU (Petaling) pula akan ditutup esok, manakala PPV Mahsa University (Kuala Langat) akan ditutup pada 29 Ogos ini.

“Dua lagi PPV iaitu Dewan MPSJ Puchong Indah dan Dewan Meranti 2, Seksyen U20 di Petaling pula akan ditutup pada 6 September nanti.

“Dua lagi PPV iaitu Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kuala Langat dan Dewan Sivik MBPJ di Petaling akan ditutup pada 30 September nanti,” jelasnya.

Sementara itu katanya, PPV Stadium Nasional Bukit Jalil pula tidak lagi menerima vaksin secara walk-in bukan warganegara bermula semalam dan akan digantikan dengan kaedah janji temu. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI