fbpx

107kg ke 75kg, peminat berang ‘Fat Amy’ sekarang ‘Fit Amy’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DAHULU gempal, sekarang sudah kurus. Perubahan Rebel Wilson mengejutkan peminat.

MASIH ingat dengan pelakon berbadan gempal yang cukup dikenali menerusi watak Fat Amy dalam filem Pitch Perfect? Percaya atau tidak, dia sekarang bukan lagi Fat Amy, bahkan semakin kelihatan ‘Fit Amy’.

Menerusi entri terbaharu dalam Instagram, pemilik nama pentas, Rebel Wilson itu memberi inspirasi kepada ramai apabila tampil dengan fizikalnya yang semakin kurus.

Ramai dalam kalangan peminat yang sangat kagum dengan perubahan fizikal yang semestinya bukan datang bergolek.

Apa yang dicapainya memerlukan kerahan keringat dan keazaman minda yang kuat.

“Sejujurnya, anda merupakan inspirasi, anda sememangnya seorang yang cantik. Anda telah membukti kerja keras membuahkan hasil baik kepada terhadap status kesihatan.

“Saya pasti bukan satu perjalanan yang mudah dan malah, saya sendiri sedang melaluinya sekarang (proses menguruskan badan),” tulis seorang peminat dalam ruangan komen Instagram Rebel, 41.

Bagaimanapun, tidak semua orang berpuas hati dengan perubahan mendadak fizikal Rebel yang sebelum ini terkenal dengan lelucon bersahaja termasuk menerusi tubuh gempalnya dalam naskhah Pitch Perfect.

“Apa sudah jadi! Mana Rebel? Saya rasa dia kelihatan lebih cantik sebelum ini (waktu bertubuh gempal),” coret seorang netizen lain.

Komen tersebut mendapat tentangan daripada peminat setia pelakon kelahiran Sydney Australia itu yang rata-rata mempertahankan pilihan hidupnya untuk menjalani gaya hidup sihat dan berfizikal kurus.

“Orang mungkin berpandangan dia lebih cantik sebelum ini namun kini, dia lebih sihat dan cantik sekarang,” getus seorang peminat mempertahankan Rebel.

Rebel sebelum ini memaklumkan, dirinya terpaksa mengekalkan saiz badan gempal kerana kontraknya dengan produksi filem Pitch Perfect belum tamat.

Pada 2020, selepas kontraknya tamat dengan produksi filem berkenaan, dia bersungguh-sungguh menurunkan berat badan.

Sehingga kini, dia sudah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 30 kilogram (kg) iaitu dari berat badan lama (107kg) kepada berat sekarang, 75kg yang dicapai pada November 2020. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI