fbpx

‘Tunggu anakmu di pintu syurga’ – Ibu Syamel selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JENAZAH ibu Syamel, Allahyarham Wan Faaizah karim selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Alam Damai, Kuala Lumpur pukul 11 pagi tadi.

PETALING JAYA – Jenazah ibu kepada penyanyi popular, Syamel iaitu Allahyarham Wan Faaizah Karim selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Alam Damai, Kuala Lumpur pukul 11 pagi tadi.

Syamel atau nama lengkapnya, Syameel Aqmal Mohd. Fodzly, 27, berkongsi perkara tersebut menerusi Instagram Story sebentar tadi.

“Alhamdulillah, selesai pengebumian umi (panggilan Syamel buat Allahyarham ibu) pada pukul 11 pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam, Alam Damai. Rezeki umi dipermudahkan perjalanan.

“Berehatlah kesayanganku. Tunggu kehadiran anakmu di pintu Syurga. Doaku akan sentiasa mengiringimu wahai syurgaku,” coret pelantun lagu Hidup Dalam Mati itu.

Terdahulu, selepas sebulan bertarung nyawa akibat masalah kekurangan oksigen dalam badan, Allahyarham Faaizah meninggal dunia sekitar pukul 10 malam tadi pada usia 55 tahun.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara.

Syamel bagaimanapun menafikan ibunya dijangkiti Covid-19 dan tidak pernah mengalami masalah kesihatan serius, malah tidak pernah dimasukkan ke hospital sepanjang hidupnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI