fbpx

Tentera kena pecat selepas enggan terima vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Ramli menunjukkan artikel yang disiarkan sebuah portal berita mengenai dirinya ketika ditemui di Bandar Seri Sendayan, Seremban hari ini.

SEREMBAN – Seorang anggota tentera berpangkat sarjan mendakwa menerima surat arahan pemberhentian perkhidmatannnya dari Kementerian Pertahanaan atas alasan dia menolak untuk menerima vaksin Covid-19 seperti yang diarahkan.

Wan Ramli Wan Seman, 39, dari Batalion Ke-24 Rejimen Askar Melayu Diraja yang berpangkalan di Kem Rasah dekat sini memberitahu, surat pemecatannya itu berkuat kuasa 26 Ogos depan.

Ujar bapa kepada tiga anak itu, keputusannya yang enggan menerima vaksin atas dasar bahawa perkara itu masih belum diwajibkan termasuk kepada petugas barisan hadapan jadi dia mempunyai hak untuk menolak suntikan vaksin berkenaan.

“Kalau saya saya dapat arahan masuk ke dalam hutan, pergi operasi, pergi Lubnan, sertai misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) waima apa sekali pun, saya tetap pergi.

“Ini (soal) mahu cucuk ke dalam badan saya. Saya tetap dengan pendirian saya, apa jadi pun saya tidak mahu,” katanya ketika ditemui di Bandar Seri Sendayan di sini hari ini.

Wan Ramli yang sudah 19 tahun berkhidmat dalam pasukan tentera berkata, ekoran pemecatannya itu, dia bakal kehilangan wang pencen yang layak diperolehnya kelak.

“Selepas didakwa di bawah empat Seksyen Akta Angkatan Tentera 1972 pada 10 Julai lalu saya dijatuhi hukuman 14 hari potong gaji.

“Tidak sampai sebulan tarikh perbicaraan pada 3 Ogos lalu saya dapat pula surat pemecatan,” katanya yang sangat kecewa kerana selepas hampir 20 tahun berkhidmat dia langsung tidak mempunyai rekod masalah disiplin. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI