fbpx

Suhaimi dikecam panggil penerima vaksin lembu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suhaimi Saad dikecam orang ramai.

Oleh NABIL AIMAN NOR AZWAN

PETALING JAYA – Bekas anggota kumpulan nasyid, Suhaimi Saad dikecam ramai apabila seolah-olah menyokong tindakan 779 guru di Johor yang menolak menerima vaksin Covid-19.

Kata Suhaimi dalam media sosial Instagramnya, dia menghormati tindakan guru di negeri berkenaan yang tidak menuruti ‘peraturan bodoh’ iaitu menerima suntikan vaksinasi.

“Aku respek (hormati) 779 cikgu cikgu johor tu. Moga Allah bantu dan permudahkan urusan diorang (mereka),” tulisnya.

Tulisnya lagi, “Cikgu bukan orang orang bodoh macam kebanyakan netizen lembu”.

Melalui posting di media sosialnya itu, bekas penyanyi anggota nasyid ini juga seolah-olah menggelarkan individu yang sudah mengambil vaksin sebagai lembu.

Kata seorang netizen, @NoorLaila Wati, tindakan Suhaimi itu seperti batu api kerana hasut orang tidak menerima vaksin.

“Kalau awak tak nak terima vaksin, jangan jadi batu api pada orang lain supaya tolak vaksin,” tulisnya.

“Suka hati sahaja panggil orang lain lembu, Kalau tak nak vaksin sudahlah tapi tak perlu panggil orang lembu,” tulis seorang lagi netizen.

Semalam Suhaimi telah memuat naik tangkap layar berita mengenai Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mahu bertemu dengan 779 guru menolak vaksin di Johor. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI