fbpx

Selangor masih jadi tumpuan pelabur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Selangor

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa syukur apabila Selangor masih menjadi pilihan para pelabur tempatan dan luar negara ketika tempoh pandemik Covid-19.

Baginda bertitah, ini berikutan kemudahan prasarana yang lengkap dan moden serta dasar-dasar kerajaan yang memudah cara persekitaran perniagaan.

“Kelebihan daya saing ini telah menyaksikan prestasi pelaburan dan perindustrian bagi tahun 2020 merekodkan pencapaian yang cemerlang di mana Selangor mencatatkan jumlah pelaburan tertinggi berbanding negeri-negeri lain.

“Sebanyak 324 projek perkilangan telah diluluskan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) di Selangor dengan nilai pelaburan berjumlah RM 18.43 Bilion,” titahnya ketika perasmian persidangan penggal keempat Dewan Negeri Selangor Ke-14 hari ini.

Sultan Sharafuddin turut dimaklumkan disebalik kemelut pandemik Covid-19 mendapati sebanyak 19,950 potensi peluang pekerjaan telah berjaya diwujudkan hasil daripada projek-projek perkilangan yang diluluskan di negeri Selangor.

Titah baginda, daerah Petaling mencatatkan jumlah pelaburan tertinggi berbanding daerah lain di dengan nilai pelaburan melebihi RM5.934 Billion diikuti Kuala Langat (RM5.785 Billion) dan Klang (RM3.477 billion) seterusnya melepasi nilai pelaburan disasarkan tahun lalu sebanyak RM12 bilion.

Sultan Sharafuddin turut menegaskan tumpuan pelaburan di Selangor turut disumbang oleh pelaksanaan program vaksinasi Covid-19 di Selangor yang didukung menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dan Program Vaksin Selangor (SelVax).

“Beta difahamkan kadar vaksinasi di Selangor pada ketika ini adalah yang tertinggi selaras dengan kadar kepadatan penduduk dan bilangan kes yang tinggi.

“Setakat 13 Ogos sebanyak 5,874,162 dos vaksin diberikan kepada rakyat beta melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). Ini bermakna 77.64 peratus populasi dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, manakala 46.05 peratus lengkap menerima dua dos,” jelasnya. -K!ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI