fbpx

Pokok strawberi hidup subur di Rembau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulhelmi dan Misriah menunjukkan pokok strawberi yang sedia untuk dijual ketika ditemui di kebun mereka di Bukit Kledang, Kota, Rembau semalam.

REMBAU – Bermula sekadar mahu mengisi masa lapang, sepasang suami isteri tidak menyangka pokok strawberi yang ditanam mereka kini menjadi antara sumber pendapatan keluarga ketika mengharungi pendemik Covid-19.

Zulhelmi Badaruldzaman, 38, berkata, pada mulanya dia hanya membeli tiga pokok strawberi di Tampin dan kini mereka memiliki lebih 300 pokok yang tidak putus-putus mengeluarkan hasil.

Menurut bekas eksekutif syarikat telekomunikasi itu, walaupun masih di peringkat awal, lebih 50 pokok strawberi telah berjaya dijual pada harga sekitar RM12 hingga RM15 sepokok mengikut saiz.

“Tak sangka pokok strawberi ini memberi pendapatan kepada­ kami memandangkan saya sudah lama tidak berniaga air di pasar malam akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya ketika ditemui di Bukit Kledang, Kota di sini semalam.

Isterinya, Misriah Moha­med Yahaya, 38, berkata, faktor cuaca yang sejuk menjadi penyebab tanaman strawberi mereka hidup subur.

“Saya menamakan kebun ini sebagai Kledang Hills Strawberry­ Kota,” ujarnya.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI