fbpx

Pengimport cuba seludup 59,600 tanaman hiasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Maqis Johor menahan kontena mengandungi 59,600 pelbagai tanaman hiasan dari China dipercayai diseludup dalam pemeriksaan di Pelabuhan Pasir Gudang, Johor semalam.

PASIR GUDANG – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) menahan sebuah kontena yang membawa masuk 59,600 unit anak pokok tanaman hiasan di Pelabuhan Pasir Gudang, di sini semalam.

Kegiatan itu dikesan hasil pemeriksaan rutin dijalankan Pegawai Penguat Kuasa Maqis pada pukul 4 petang.

Maqis Johor berkata, hasil pemeriksaan mendapati kesemua pokok yang terdiri daripada pelbagai spesies anak pokok tanaman hiasan cuba dibawa masuk dari China.

“Anak pokok ini cuba dibawa masuk tanpa permit import yang sah dan dianggarkan bernilai RM119,200.

“Pelbagai spesies anak pokok tanaman hiasan seperti cactus gymnocalycium, spathiphyllum wallisii, caladium, echeveria pinweel, microsorum punctatum, asparagus racemosus, strobilanthes sinuate dan adenium adalah antara yang ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya kenyataan itu hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 11 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) kerana mengimport tanpa permit, lesen atau perakuan yang dikeluarkan.

Individu boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan tersebut.

Bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya didenda tidak melebihi RM150,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.

“Maqis menasihati semua pengimport dan pengeksport sentiasa mengikut peraturan yang ditetapkan kerajaan agar kawalan penyakit haiwan, ikan, tumbuhan serta jaminan keselamatan makanan terpelihara di Malaysia,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI