fbpx

Pacquiao akur tewas berdepan Ugas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PACQUIAO (kanan) berjaya bertahan untuk tempoh 12 pusingan pertarungan, namun terpaksa akur dengan kekalahan hasil keputusan juri berdepan Ugas semalam. – AFP

LAS VEGAS – Petinju No.1 Asia, Manny Pacquiao terpaksa me­ngakui kehebatan jaguh Cuba, Yordenis Ugas yang mempertahankan tali pinggang welterweight Persatuan Tinju Dunia (WBA) selepas tewas dengan keputusan juri semalam.

Meskipun tewas, Pacquiao menerima sokongan padu daripada penonton yang hadir ke Arena T-Mobile, Las Vegas, Amerika Syarikat selepas petinju berusia 42 tahun itu mempamerkan aksi bertenaga sehingga mampu bertahan dalam 12 pusingan perlawanan tersebut.

Ugas yang berdepan masalah keletihan selepas menerima asakan Pacquiao pada perlawanan itu berjaya meraih kemenangan dengan keputusan 115-113, 116-112, 116-112 sekali gus mempertahankan tali pinggang WBA welterweight miliknya.

“Saya akui Pacquiao merupakan petinju terbaik tetapi se­perti yang saya katakan sebelum ini saya ingin membuktikan saya adalah juara WBA. Saya hormati dia sebagai antara petinju terbaik dalam saingan ini.

“Saya hanya melakukan persiapan yang singkat iaitu dalam tempoh dua minggu sahaja untuk berdepan Pacquiao dan saya gembira segalanya selesai di dalam ge­langgang,” katanya sejurus tamat perlawanan.

Dalam pada itu, Pacquiao belum membuat keputusan mengenai kariernya dalam sukan tinju selepas dikatakan mahu memberi fokus untuk merebut kerusi Presiden Filipina dalam pemilihan yang akan berlangsung tahun depan.

“Ketika ini saya hanya mahu berehat dan akan membuat keputusan selepas itu,” kata Pacquiao. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI