BAGAN SERAI – Prihatin dengan nasib mangsa banjir, seorang penjaja mi goreng mamak sanggup menyediakan makanan tersebut secara percuma termasuk disajikan kepada petugas-petugas barisan hadapan.
Peniaga berkenaan, Mohamed Fareed Mohamed Nainar, 46, hadir ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Pongsu di sini petang tadi bersama motosikal roda tiga lengkap dengan dapur dan kuali.
Kata Mohamed, dia merasa simpati dengan nasib penduduk di Alor Pongsu yang menjadi mangsa banjir setelah ban RTB Sungai Beriah pecah pada Jumaat lalu.
“Saya bukan orang berduit, tetapi mengambil inisiatif sendiri untuk datang membantu mereka dengan kudrat yang ada.
“Jadi hari ini saya datang dengan motosikal roda tiga memasak mi goreng mamak untuk diberikan kepada petugas barisan hadapan yang bertugas di sini termasuk penghuni di PPS ini,” katanya kepada Kosmo!
Dia mengeluarkan modal sebanyak RM400 untuk menyediakan sebanyak 100 bungkus mi goreng mamak tersebut. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929