PUTRAJAYA – Kes harian negara turun lagi hari ini dengan 17,672 kes, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 1,572,765 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor turut merekodkan penurunan dengan 4,316 kes dilaporkan, diikuti oleh Sabah sebanyak 2,474 kes dan Kedah sebanyak 1,602 kes.
“Sarawak (1,538 kes), Pulau Pinang (1,451 kes), Johor (1,367 kes), Kelantan (1,176 kes), Perak (952 kes), Kuala Lumpur (891 kes), Pahang (506 kes), Negeri Sembilan (478 kes), Terengganu (470 kes) dan Melaka (363 kes).
“Perlis (57 kes), Putrajaya (24 kes) dan Labuan (tujuh kes),” katanya pada Facebook di sini hari ini. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929