fbpx

Kelantan buka masjid selepas capai tahap imuniti kelompok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Mohamad Rizam (tengah) menyampaikan sumbangan bagi pihak Maik kepada Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Dr. Zaini Hussin untuk kegunaan Pusat Pemberian Vaksin di Kompleks Islam Jubli Perak, Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) akan membenarkan orang ramai menunaikan solat di masjid selepas Kelantan mencapai tahap imuniti kelompok atau lebih 80 peratus orang dewasa lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19

Yang Dipertua Maik, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Rahman berkata,setakat ini, Maik masih menetapkan prosedur operasi standard (SOP) yang lama iaitu hanya membenarkan seramai empat orang pegawai atau kakitangan menunaikan solat di masjid.

Menurutnya, berdasarkan situasi semasa dengan kes di Kelantan mencecah empat angka, Maik mengambil keputusan untuk mengekalkan jumlah jemaah tersebut di setiap masjid.

“Sekiranya ada penurunan kes jangkitan dan vaksinasi di Kelantan telah meningkat, kita akan lihat perkembangan lanjut selepas negeri ini mencapai imuniti kelompok.

“Buat masa ini, Kelantan merupakan negeri kedua tercorot dalam proses vaksinasi. Jadi, kita ambil langkah agak berhati-hati agar masjid tidak menjadi tempat perjumpaan orang ramai terutamanya di kawasan kampung-kampung,” katanya.

Beliau yang juga Tengku Temenggung Kelantan berkata demikian pada sidang akhbar Laporan Khas Terimaan dan Perbelanjaan Maik Bagi Bulan Januari hingga Jun 2021 di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Tengku Mohamad Rizam, berkata, kemudahan penggunaan pembayaran zakat secara dalam talian melalui e-Zakat Payment yang bermula sejak Januari hingga Julai lalu semakin meningkat.

Katanya, menerusi kaedah itu, Maik mengutip sebanyak RM1 juta sekali gus menunjukkan bahawa pembayaran secara dalam talian memudahkan orang ramai tanpa perlu hadir ke pejabat Maik. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI