SELEPAS lapan bulan membuat kemunculan semula, penyanyi kumpulan Twice, Jeong-yeon sekali lagi terpaksa mengundur diri daripada terlibat dengan aktiviti seni selepas penyakit paniknya kembali menyerang.
Perkara berkenaan dimaklumkan agensi JYP Entertainment (JYPE) baru-baru ini dengan berkata, penyanyi itu kembali bergelut dengan masalah panik dan kebimbangan fizikal dihidapinya.
Sekali gus menyebabkan dia tidak dapat menyertai aktiviti melibatkan Twice buat masa ini demi memberi fokus terhadap kesembuhannya.
“Kesihatan adalah perkara nombor satu buat artis kami. Oleh itu, selepas melewati perbincangan mendalam disertai langkah-langkah perubatan profesional, kami memutuskan dia memerlukan masa yang cukup untuk fokus kepada pemulihan dan berehat.
“Jadi dia tidak akan menyertai aktiviti bersama Twice buat masa ini,” kata JYPE dalam satu kenyataan.
Januari lalu, Jeong-yeon kembali aktif menyambung aktivitinya bersama anggota Twice lain selepas beberapa bulan berehat gara-gara diserang kebimbangan dan panik pada tahun lalu.