PETALING JAYA – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) meluahkan rasa lega apabila jumlah jenazah pesakit Covid-19 di beberapa hospital utama di Kuala Lumpur menunjukkan penurunan.
Perkembangan positif itu dikongsi oleh Jawi menerusi satu hantaran di Facebook rasminya hari ini.
“Alhamdulillah, suasana di jabatan forensik di hospital-hospital utama di Kuala Lumpur semakin bertambah baik dengan berkurangnya jumlah jenazah Covid-19.
“Walaupun begitu, bukan bermakna kita sudah boleh kembali seperti sedia kala,” katanya di sini.
Katanya, meskipun lega dengan situasi tersebut pihaknya sentiasa akan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
“Begitu juga dengan kami barisan Petugas Khas Pengurus Jenazah Covid-19, suasana yang tidak kelam-kabut ini sedikit melegakan hati kami, tapi masih sentiasa dalam mod siap sedia dengan sebarang keadaan yang bakal berlaku.
“Apa pun yang terjadi, terima kasih semua kerana anda membantu petugas barisan hadapan dalam mendepani tugas-tugas mencabar ini. Doa anda kami pohon agar kami terus kuat,” ujarnya. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929