fbpx

Jangan banyak berpolitik, rebut kuasa – Sultan Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi peringatan kepada Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk tidak terlalu banyak berpolitik serta merebut kuasa dan kedudukan sehingga melupakan tanggungjawab utama untuk membela nasib rakyat.

Sultan Sharafuddin bertitah, baginda tidak dapat menyembunyikan rasa dukacita dan kesal apabila melihat pergolakan, pertelagahan dan ketidaktentuan politik negara.

“Nampaknya ahli-ahli Yang Berhormat tidak mahu belajar dari sejarah tentang kejatuhan sesebuah negara akibat perebutan kuasa yang mengakibatkan perpecahan dalam masyarakat.

“Tidakkah ahli-ahli Yang Berhormat sedar bahawa apabila pemimpin-pemimpin politik berebut kuasa dan keadaan politik menjadi tidak stabil maka rakyat yang terpaksa menanggung kesusahannya,”titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Keempat Persidangan Dewan Negeri Selangor yang ke-14 hari ini.

Sultan Sharafuddin turut bertitah, pemimpin-pemimpin politik perlu turun padang membantu rakyat yang berada di dalam kesusahan dan menderita di saat negara dan dunia berhadapan dengan gejala wabak Covid-19. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI