PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir beserta hujan lebat di beberapa kawasan di Johor, Sarawak dan Sabah yang dijangka berlaku sehingga pukul 6 petang hari ini.
MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, ribut petir berserta hujan lebat dijangka melanda Kota Tinggi dan Johor Bahru, Johor sehingga pukul 5 petang.
“Di Sarawak, kawasan yang terlibat adalah, Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Mukah dan Limbang.
“Di Sabah pula, kawasan yang dijangka terlibat adalah Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan, Pantai Barat( Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Ranau) serta Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan juga Sandakan),” katanya.
Jelas kenyataan itu, hujan lebat serta ribut petir dijangka berlaku sehingga pukul 5 petang di Johor manakala akan berpanjangan sehingga pukul 6 petang di Sabah serta Sarawak. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929