fbpx

Dua hari ada Instagram, Angelina Jolie kumpul 7.5 juta pengikut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DALAM tempoh dua hari sahaja, Angelina Jolie berjaya mengutip seramai 7.5 juta pengikut dalam Instagramnya.

BARU dua hari memiliki akaun Instagram, pelakon Hollywood dan aktivis kemanusiaan, Angelina Jolie sudah mengumpul 7.5 juta pengikut dalam laman sosial tersebut.

Menariknya, Angelina atau nama lengkapnya, Angelina Jolie Voight, 46, menggunakan platform Instagram untuk berhubung dengan orang ramai memberi kesedaran tentang perihal seperti hak asasi manusia dan krisis pelarian terutama di negara bergolak seperti Afghanistan dan Ethiopia.

Setakat ini, dua entri yang dimuat naik dalam Instagram hanya memberi penekanan tentang isu-isu berkenaan dan tidak langsung menyentuh tentang kerjaya lakonannya.

“Dewasa ini, satu peratus daripada populasi dunia iaitu 82.4 juta orang merupakan golongan pelarian. Jumlah tersebut dua kali ganda daripada jumlah direkodkan sebelumn ini.

“Beberapa krisis contohnya di Afghanistan sudah berlaku berdekad lamanya. Konflik di Ethiopia pula meletus sejak baru-baru ini.

“Mereka semua berdepan keganasan dan penafian hak yang meninggalkan keluarga-keluarga tidak bersalah dengan pilihan hidup tetapi terpaksa melarikan diri,” tulisnya dalam entri terbaharu.

Pernah berkongsi hidup dengan aktor Brad Pit, bintang Lara Croft: Tomb Raider itu mempunyai enam orang cahaya mata. Tiga daripadanya iaitu Maddox, 19, Zahara, 16, dan Pax, 17, merupakan anak angkat yang diambil dari rumah anak yatim di beberapa buah negara seperti Kemboja, Ethiopia, dan Vietnam.

Manakala, Shiloh, 15, Vivienne, 13, dan Knox, 12, ialah merupakan anak kandungnya bersama Pit sebelum bercerai pada 2019.

Angelina bakal muncul dengan filem Marvel terbaharu berjudul Eternals memainkan karakter adiwira, Thena yang dijadualkan menemui peminat seluruh dunia pada November tahun ini – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI