PETALING JAYA – Pendekatan ‘Keluarga Malaysia’ yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersifat inklusif bagi memfokuskan kesejahteraan rakyat dan pemulihan negara selaras Titah Tuanku Yang di-Pertuan Agong.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, bagi pergerakan itu tiga perkara yang mesti didahulukan segera antaranya tuntutan rakyat yang meliputi permintaan penambahbaikan pakej bantuan rakyat.
Penambahbaikan itu termasuk Moratorium tanpa faedah terakru, i-Citra KWSP RM10 ribu one-off, tambahan suntikan fiskal bantuan kerajaan dan lain-lain.
“Keduanya Vaksinasi perlu disegerakan dan diperluaskan bagi mencapai ‘herd imunity’ yang mampu mengurangkan risiko rakyat yang dijangkiti Covid-19 sehinggaa ke tahap memudaratkan nyawa dan kesihatan,” katanya di Facebook miliknya hari ini.
Tambah Asyraf lagi, Total Lockdown boleh dikaji semula agar pendekatan separa masak sebelum ini tidak diulangi semula oleh pemerintahan baharu ini.
“Memandangkan virus hanya tersebar melalui pergerakan manusia, memutuskan rantaian virus hanya boleh dicapai jika penutupan penuh untuk tempoh masa terhad disertai dengan bantuan khas kepada rakyat dapat dilakukan.
“Dengan penglibatan semua parti politik tanpa mengira ideologi bukan sahaja pelan pemulihan mampu direalisasikan dengan berkesan, bahkan suhu politik negara dapat diturunkan dan political ceasefire atau gencatan senjata politik benar-benar dapat dilaksanakan,” ujarnya. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929