PETALING JAYA -“Pak cik jual kerepek, adik nak beli tak. Kalau beli adik pelanggan pertama pak cik hari ni”.
Itu antara kata-kata seorang peniaga warga emas kepada seorang pelanggan yang mengundang rasa sebak dalam kalangan pengguna di media sosial.
Menurut perkongsian Munirah Ramli di media sosial Facebook, pak cik berkenaan telah melambai dari jauh untuk mengajaknya membeli kerepek yang dijualnya.
“Dari jauh pak cik ini melambai-lambai, along tak kenal pak cik ni. Nak pergi dekat ke tak. Terus pergi kat pak cik ni. Pak cik tersebut memberitahu bahawa dia ada menjual kerepek dan saya merupakan pelanggan pertama sekira membelinya.
“Allahuakbar, terus along beli satu. Along juga meminta izin pak cik tersebut untuk bergambar bagi menggalakkan orang ramai membeli dengannya. Terus wajah pak cik itu happy,” kata Munirah Ramli.
Hantaran di media sosial tersebut telah mendapat lebih 1,600 tanda suka dan rata-rata pengguna turut meluahkan rasa sebak melihat wajah peniaga warga emas berkenaan.
Salah seorang pengguna Facebook, LiezaRazaly berkata, pak cik berkenaan berniaga di sekitar Kemaman, Terengganu.
“Kalau tak silap saya, pak cik ini berniaga di kawasan Kemaman, Terengganu dan kerepek yang dijual pak cik ini juga sedap. Saya turut mendoakan pak cik itu murah rezeki,” jelasnya.
Sementara KhuIbrahim berkata, sebelum ini ada terlihat pak cik berkenaan berdiri menunggu pelanggan di bawah terik matahari.
“Sabtu hari itu ada nampak pak cik ni di kawasan tersebut, kesian dia berdiri tengah panas sementara menunggu pelanggan membeli kerepeknya,” ujarnya. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929