fbpx

Wanita hasilkan beg tangan daripada seluar dalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Putri turut berkongsi cara dia menggayakan beg tangan tersebut kepada pengikutnya di TikTok. -TikTok

JAKARTA – Seorang wanita menjadi tular dalam  aplikasi sosial TikTok selepas berkongsi rakaman video menunjukkan dia menghasilkan sebuah i beg tangan daripada seluar dalam, lapor laman Suara.com.

Menerusi akaun TikTok @putrisamboda, wanita bernama Putri itu berkongsi hasil beg tangan tersebut yang menurutnya,  dihasilkan daripada seluar dalam yang masih baharu.

“Saya menghasilkan beg tangan ini menggunakan seluar dalam baharu yang belum pernah dipakai. Tiada apa yang menjijikkan,” demikian keterangan ditulis Putri pada video tersebut.

Putri turut dilihat menggayakan beg tangan itu bersama baju berwarna merah jambu terang dengan gaya berkemban dan sehelai seluar dengan motif bergaris.

Video tersebut sudah ditonton sebanyak 800,000 kali dengan netizen meninggalkan pelbagai komen tentang beg tangan tersebut.

“Tidak gelikah?” tanya seorang netizen.

“Saya tidak pasti tentang ini kerana walaupun ia masih baharu, itu kan tetap seluar dalam,” tulis netizen lain.

Putri juga turut aktif membalas komen netizen dan menurutnya, dia pernah menggayakan  beg tangah tersebut dan ramai yang tidak tahu bahawa ia diperbuat daripada seluar dalam. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI