fbpx

Terkejut, gembira anak saudara bergelar isteri PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hashim di hadapan rumah peninggalan datuk Muhaini di Kampung Pulau Tiga Kiri. Kampung Gajah di Pasir Salak.

PASIR SALAK – Seperti tidak percaya Datin Seri Muhaini Zainal Abidin yang disifatkan sebagai individu mesra serta tidak pernah menyombong kini bergelar isteri Perdana Menteri.

Malah, anak jati Kampung Pulau Tiga Kiri, Kampung Gajah di sini juga sering pulang ke kampung orang tuanya bertemu dengan saudara-mara selain mengimbau kenangan di rumah milik arwah datuknya.

Bapa saudara angkat Muhaini, Hashim Abd Rahman, 72, berkata, dia mengenali anak saudaranya yang dipanggil Nani sejak kecil, malah diamanahkan menjaga rumah peninggalan arwah datuk Muhaini di Kampung Pulau Tiga Kiri.

Menurut Hashim, dia menjaga rumah pusaka berkenaan sejak 2006 namun pada 2019 rumah itu diuruskan Muhaini dan dibaik pulih untuk dijadikan kediaman berehat jika pulang ke kampung.

“Saya rasa bangga bila suami Nani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri dan macam tak percaya Nani kini bergelar sebagai isteri kepada pemimpin nombor satu negara.

“Saya ada ucap tahniah kepada Nani melalui WhatsApp kerana suaminya menjadi Perdana Menteri,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Hashim turut menceritakan keperibadian Muhaini sebagai seorang yang sangat baik, lemah lembut serta mudah bergaul dengan orang. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI