fbpx

Sukarelawan dinasihati ikut SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sukarelawan NGO yang turun membantu mangsa kepala air di Gunung Jerai perlu melaporkan diri di PKOB terlebih dahulu.

YAN – Polis menasihatkan sukarelawan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang turun membantu mangsa kepala air dari Gunung Jerai di sini supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) berikutan terdapat tiga mukim di daerah ini berstatus zon merah penularan Covid-19.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim memberitahu, tiga mukim yang dikenal pasti sebagai zon merah ialah Yan, Sala Besar dan Sungai Daun.

“Kita dimaklumkan ramai sukarelawan termasuk dari Selangor dan Kuala Lumpur datang membantu menyalurkan makanan serta tenaga untuk membersihkan kawasan rumah yang terjejas akibat kepala air.

“Ia merupakan hasrat yang murni, namun kita tidak mahu berlaku pergerakan tidak terkawal terutama di zon merah kerana bimbang kemungkinan mereka bawa penyakit (Covid-19) atau terkena penyakit tersebut ketika berada di situ,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Yan di sini hari ini.

Mazlan bersama Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat kemudian melakukan tinjauan di kawasan terjejas termasuk lokasi operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua lagi mangsa yang masih hilang di Air Terjun Titi Hayun dan Air Terjun Batu Hampar di sini.

Sehubungan itu, beliau meminta semua sukarelawan melaporkan bantuan yang dibawa kepada bilik gerakan pusat kawalan operasi bencana (PKOB) untuk penyelarasan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI