fbpx

Siapa perform dapat main – TMJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar Instagram Story Tunku Ismail.

JOHOR BAHRU – Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan JDT adalah sebuah kelab bola sepak yang mementingkan prestasi semasa setiap pemain.

Tunku Ismail berkata, prestasi semasa pemain amat penting kerana JDT merupakan kelab bola sepak dan bukannya kelab kebajikan sosial.

“Siapa berlatih bagus, kerja keras dia main. Siapa tidak dia tak main. Tak suka, pintu terbuka, ini bukan penjara, simple.

“Oh minit permainan penting, pergi sertai PJ City, setiap minit dapat bermain. Dalam JDT siapa kerja keras dalam latihan dan perform, dia main. Siapa nak cabaran dalam karier dan kejuaraan datang ke JDT. Siapa nak minit (permainan) sertai kelab lain,” titahnya dalam media sosial Instagram miliknya, hari ini.

Tunku Ismail turut bertitah agar penyokong kelab itu mengetahui mengapa seseorang pemain itu tidak diturunkan dalam perlawanan dan bukan sebaliknya turut mengkritik tindakan kelab secara membuta tuli.

“Yang penyokong JDT pun tak tahu cerita terikut sentimen penyokong luar. Bayangan piala ke-8 dan pencapaian kelab tak nampak dan hargai.

“Nak ajar saya urus kelab, page page bola yang kononnya expert pun sama. Loan lah player? Kau nak loan ke mana transfer window tutup,” titahnya.

Baginda turut memberi bayangan kenyataan tersebut dibuat sebagai membalas tindakan seorang pemain kelab itu yang memuat naik kenyataan seperti dia kurang dapat peluang untuk beraksi di atas padang.

Titahnya, setiap pemain sudah mengetahui syarat dan polisi kelab Harimau Selatan tersebut sebelum mereka menandatangani perjanjian kontrak.

“Masa buat keputusan sertai JDT pun anda dah tahu syarat dan polisi kelab. Tahun lepas dan tahun sebelum itu kerap dapat main. Tetapi selepas insiden peristiwa pahit, you’re not the same.

“Kami beri masa, support, monitor. Jikalau tidak puas hati atau setuju jumpa, communicate, bukan tweet. Apa-apapun, pintu sentiasa terbuka.

“Akhir kata, “Seronok tengok kawan-kawan main”. Main apa, main bola, nak main bola semua tempat boleh main bola. Kalau nak main bola dan tengok bunga api, come to JDT,” titahnya lanjut. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI