fbpx

Seramai 469,690 individu divaksin semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seramai 469,690 individu telah menerima vaksin melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) semalam.

Menurut laporan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 di Twitternya berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 159,792 individu menerima dos pertama vaksin manakala 309,898 lagi lengkap dua dos.

“Jumlah tersebut secara kumulatifnya menjadikan seramai 30,840,093 individu di negara ini telah divaksin setakat semalam.

“Sementara itu, peratusan vaksinasi populasi dewasa di negara ini mencapai 54.3 peratus bersamaan 12,718,701 individu telah lengkap menerima dos kedua manakala 77.4 peratus atau 18,121,392 menerima dos pertama vaksin,” ciapnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI