fbpx

Saya, Noki hanya kawan – Fatin Afeefa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FATIN menjelaskan hubungannya dengan Noki hanya sekadar kawan seindustri.

PETALING JAYA – Pelakon Fatin Afeefa menafikan dirinya kini menjalin hubungan cinta dengan ahli kumpulan K-Clique, Noki.

Fatin atau nama penuhnya Fatin Nur Afifah Shamsudin, 28, berkata, hubungan akrab bersama Noki dalam media sosial hanyalah sekadar rakan sesama industri.

“Kami hanya berkawan saja. Kalau tak percaya boleh tanya dia.

“Saya bukan balas komen dia seorang saja dalam Instagram, ada juga orang lain, tapi mungkin dia lebih menarik perhatian ramai,” katanya ditemubual di dalam program Melodi hari ini.

Tambah Fatin, dia tidak menolak sekiranya Noki adalah jodoh terbaik buat dirinya.

“Doakan yang baik-baik sebab soal jodoh ini rahsia Allah SWT. Mungkin dengan dia atau orang lain yang saya tak pernah terfikir,” katanya lagi.

Tidak mahu membebankan fikirannya dengan soal jodoh, pelakon filem Tentang Bulan itu memberitahu anak-anak merupakan fokus utamanya ketika ini.

“Fokus utama saya ketika ini ialah pendidikan anak-anak dan kehidupan ibu serta kerjaya.

“Soal cinta saya letak pada kedudukan terakhir. Bagi saya, kalau ada jodoh, adalah,” katanya lagi.

Untuk rekod, Fatin pernah mendirikan rumah tangga dengan aktor, Adam Shahz dan dikurniakan seorang anak, Ivy Herra Sophia kini berusia lima tahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI