fbpx

Perak buat persediaan hadapi banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali semasa melawat mangsa banjir di Alor Pongsu.

BAGAN SERAI – Jentera pentadbiran kerajaan negeri di setiap daerah diminta bersedia untuk menghadapi musim tengkujuh yang dijangka lebih awal tahun ini kerana cuaca tidak menentu.

Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad berkata, arahan juga telah dikeluarkan kepada semua pegawai daerah agar berjaga-jaga dengan kemungkinan berlaku banjir di kawasan masing-masing.

Menurut beliau, mereka selaku pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Banjir perlu mengadakan mesyuarat lebih awal bagi membuat persiapan.

“Mengikut ramalan, cuaca kering diramal sehingga pertengahan September ini tetapi seperti banjir yang berlaku di Yan, Kedah diikuti Pulau Pinang seterusnya di Perak utara.

“Ini menunjukkan musim tengkujuh tiba lebih awal,” katanya semasa melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Pongsu dekat sini.

Dalam pada itu kata Saarani, kejadian banjir di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Pongsu di sini disebabkan ban Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Sungai Gagah pecah di dua lokasi pada pagi Jumaat lalu. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI