fbpx

Pemimpin pembangkang dipelawa anggotai Majlis Pemulihan Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahathir (tengah) dan Anwar (kiri) ketika perhimpunan di Dataran Merdeka baru-baru ini. Gambar hiasan

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri menawarkan ruang kepada kepimpinan
pembangkang untuk menganggotai Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19.

Menurut beliau, ia selari dengan titah Yang di-Pertuan Agong dalam perjumpaan bersama ketua-ketua parti politik baru-baru ini agar semua poihak melupakan sperbezaan demi mencapai kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

“Kesemua pihak sepatutnya sedia bekerja dalam satu pasukan demi mengharmonikan semula suasana. Dalam erti kata lain, kita perlu mendakap erat prinsip kebersamaan.

“Saya faham kemelut politik yang melanda negara menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat. Kestabilan politik perlu segera dicapai menerusi kebersamaan. Ini termasuklah mewujudkan kerjasama rentas parti,” katanya dalam ucapan perdana di Putrajaya hari ini.

Terdahulu, Ismail Sabri berkata, strategi yang telah dirangka oleh kerajaan sebelum ini untuk melawan dan membendung Covid-19 akan diteruskan dan diperkasakan serta ditambah baik dengan mengambil kira pandangan pakar kesihatan awam.

Menurut beliau, kerajaan akan memastikan setiap intervensi dan usaha pihak kerajaan untuk menurunkan kes Covid-19 dilakukan secara lebih komprehensif.

“Ia bakal dilaksanakan melalui kerjasama strategik rentas kerajaan dengan penglibatan pemegang taruh, agensi kerajaan dan pihak swasta bagi memastikan sistem kesihatan negara kembali stabil,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI