fbpx

Pelajar cacah tatu kod pengimbas sijil vaksinasi pada lengan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Colonetta (kiri) menunjukkan tatu kod pengimbas QR yang dihasilkan artis, Pellerone (kanan) pada bahagian dalam lengan kirinya. -Twitter

ROM, Itali – Seorang pelajar menjadi sensasi dalam  aplikasi sosial TikTok apabila dia mencacah kod pengimbas sijil vaksinasi pada lengannya dan mengimbas tatunya untuk masuk ke sebuah premis rangkaian restoran makanan segera McDonald’s di Itali, lapor akhbar The Sun semalam.

Andrea Colonnetta, 22, berkata,  dia tidak terlalu memikirkan mengenai jenis  tatu terbaharunya, namun memilih reka bentuk praktikal itu selepas berbincang dengan artis tatu, Gabriele Pellerone.

Video TikTok yang dimuat naik Pellerone menunjukkan Colonnetta memasuki  premis McDonald’s dengan hanya mengangkat tangannya..

Petugas di pintu masuk premis tersebut  dilihat mengimbas tatu lelaki itu sebelum video tersebut tamat secara tiba-tiba.

Llengan kiri Colonetta kini dicacah tatu kotak hitam matriks daripada kod respons pantas (QR) yang merupakan pas rasmi untuk memasuki premis awam di  Itali.

Katanya, dia telah menerima kedua-dua dos vaksin Covid-19.

Pas tersebut menunjukkan status koronavirus sama ada individu itu telah menerima vaksin, pulih daripada Covid-19 atau disahkan negatif dalam tempoh 48 jam terakhir.

Sejak 6 Ogos lalu, kod tersebut perlu dipamerkan untuk memasuki pawagam, muzium dan kawasan tertutup lain serta aktiviti makan di dalam restoran.

“Ia merupakan sesuatu yang asli dan saya suka menjadi lain daripada yang lain,” katanya. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI