fbpx

MPK juara sulung E-Sport SUKANUNVE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Fadzli ( tengah) menjulang piala SUKANUNVE

SHAH ALAM– Majlis Perbandaran Klang (MPK) menjadi juara edisi pertama Karnival E-Sports Persatuan Badan Berkanun Malaysia (SUKANUNVE) yang berakhir hari ini.

SUKANUNVE yang bermula 19 Ogos lalu dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah berjaya menarik penyertaan dari 36 agensi melibatkan 802 orang atlet dan 113 orang pegawai.

Menurut Setiausaha Kejohanan Esports SUKANUNVE 2021, Zamri Abd. Kahar, MPK berjaya merangkul dua emas dan satu gangsa menewaskan pencabar terdekatnya Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di kedudukan kedua.

Katanya, MPK menjadi juara bagi acara PUBG dan PESMobile manakala LHDN berjaya menjadi juara dalam acara Valorant dan CODM.

“Kejohanan itu melibatkan tujuh jenis acara keseluruhannya dengan kontinjen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengungguli acara MotoGP.

“Kontingen Universiti Malaya (UM) memenangi Mobile Legend Bang Bang dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) membuat kejutan untuk memenangi acara FIFA2021,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Penyerahan piala pusingan kejohanan disampaikan Zamri kepada Yang Dipertua MPK, Dr. Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI