fbpx

Lelaki kejang di puncak bukit diselamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba membawa turun lelaki yang mengalami kekejangan kaki di puncak Bukit Ungku Busu, Lumut, malam tadi.

LUMUT – Seorang lelaki mengalami kecederaan ketika mendaki Bukit Ungku Busu di sini petang semalam sehingga terpaksa diusung turun malam tadi.

Kejadian melibatkan seorang lelaki berusia 20 tahun yang terkandas di atas bukit setinggi 250 meter itu.

Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 6.54 petang

“Kami dimaklumkan terdapat dua orang melakukan aktiviti pendakian bukit itu petang semalam di mana seorang daripadanya mengalami kekejangan kaki ketika berada di puncak bukit.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Manjung kemudian bergegas ke lokasi kejadian,” kata jurucakap itu

Setiba di sana, anggota bomba menemui dua lelaki dengan seorang daripadanya mengalami kecederaan.

Kata jurucakap itu lagi, anggota pasukan itu memberi rawatan awal sebelum menggunakan pengusung bagi membawa turun mangsa sehingga ke kaki bukit tersebut.

“Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak perubatan Jabatan Kesihatan Daerah untuk tindakan lanjut. Operasi diketuai oleh Ketua BBP Manjung, Shuib Idris itu itu tamat pada pukul 10.35 malam tadi,” ujarnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI