fbpx

Kereta hilang kawalan sebelum terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kereta hangus terbakar dalam kejadian yang berlaku di Putrajaya Link, menghala Tol Putrajaya di sini, pagi tadi.

SEPANG – Polis mengesahkan kereta yang terlibat kemalangan di Kilometer (KM) P5 Lingkaran Putrajaya arah Putrajaya menghala ke arah Shah Alam pada pukul 10.30 pagi tadi hilang kawalan sebelum terbakar.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Md. Noor Aehwan Mohammad berkata, siasatan awal di tempat kejadian mendapati kereta jenis Honda City yang dipandu mangsa sedang dalam perjalanan dari arah Putrajaya  menghala ke arah Shah Alam.

Menurutnya, ketika sampai di KM P5 Lingkaran Putrajaya, kereta berkenaan disyaki hilang kawalan dan terlanggar pembahagi jalan tengah kemudian terbabas lalu melanggar pembahagi jalan sebelah kiri sebelum terbakar.

“Akibat perlanggaran itu, mangsa berusia 26 tahun tercampak keluar daripada kereta manakala seorang lagi mangsa yang merupakan warganegara China tersepit di dalam kenderaan bagaimanapun telah dibawa keluar oleh pihak bomba.

“Mangsa yang maut telah dibawa ke Forensik Hospital Serdang dan warganegara China terbabit pula mengalami kecederaan parah dan dibawa ke Hospital Putrajaya,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Katanya, kereta terbabit mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan dan terbakar seluruh kenderaan.

“Polis telah membawa kenderaan terlibat ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang untuk siasatan lanjut,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI