fbpx

Kerajaan umum pembelian tambahan 6 juta dos vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Vaksin dos tunggal, CanSino dari Beijing, China tiba di KLIA, Sepang. FOTO IHSAN MOSTI

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembelian tambahan 6 juta lagi dos vaksin yang akan diterima menjelang awal September 2021.

Menurutnya, beliau optimis kejayaan program vaksinasi akan membolehkan orang ramai kembali menziarahi ibu bapa di kampung halaman, meraikan perayaan dan melancong dalam negara.

“Anak muda boleh beriadah, pulang semula ke institusi pengajian tinggi dan yang paling utama ialah anak-anak kita boleh kembali ke sekolah.

“Gambaran ini bukan angan-angan kosong kerana negara kita pernah berjaya menurunkan statistik pesakit Covid-19,” katanya dalam ucapan rakaman yang disiarkan di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, fakta terkini pada 20 Ogos lalu membuktikan statistik kes harian Labuan yang sudah mencapai 90 peratus imuniti kelompok dewasa menurun secara konsisten kepada satu digit selama tujuh hari berturut-turut.

Dalam pada itu, kerajaan akan menumpukan usaha ke arah mencapai dua objektif utama bagi mengurangkan kesan ekonomi akibat pandemik Covid-19.

Menurutnya, objektif pertama adalah mengembalikan kesejahteraan rakyat seiring dengan
usaha meningkatkan kuasa beli pengguna.

Menurut beliau, objektif kedua adalah mengangkat semula sektor swasta sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi negara.

“Fokus usaha kita ialah rakyat yang kehilanganpekerjaan dan mata pencarian rakyat yang berpendapatan sederhana, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta sektor perindustrian termasuk industri pelancongan domestik.

“Fokus ini merupakan sebahagian daripada inisiatif jangka pendek untuk mengembalikan ekonomi rakyat khususnya dan menjana ekonomi negara secara menyeluruh,” katanya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI