JIKA sebelum ini netizen sering dihiburkan dengan gelagat dan aksi lucu Andi Bernadee, kini tiada lagi.
Andi dikatakan tidak lagi aktif dalam semua platform media sosialnya dan sepi hilang tanpa khabar berita.
Kehilangannya itu mencetuskan tanda tanya ramai yang tercari-cari ke mana perginya artis kegemaran mereka.
“Andi pergi mana? Tolonglah kembali,” komen seorang peminatnya.
“Dimanakah awak. Saya rindu cerita-cerita kelakar awak,” luah seorang lagi pengikut Instagramnya.
Hasil siasatan, kali terakhir Andi berkongsi fotonya dalam Instagram ialah sekitar Jun lalu. Lama sangat dah tu Andi.
Harapnya Andi sekarang berada dalam keadaan sihat dan mungkin gembira di samping keluarga. Doakan sama-sama ya.
DIVA: Terkejut bercampur teruja membaca kisah seorang guru wanita berkahwin dengan anak muridnya sendiri yang jarak umur mereka 22 tahun. Inilah dikatakan jodoh di tangan Tuhan.