KLANG – Tindakan sebuah kapal tangki Norway berlabuh tanpa kebenaran membawa padah apabila ditahan di kedudukan 27.8 batu nautika barat daya Sekinchan, semalam.
Penahanan dilakukan Maritim Malaysia (APMM) pukul 1 tengah hari hasil pengesanan visual melalui Sistem Pengawasan Laut Malaysia (SWASLA).
Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim Mohd. Rosli Kassim berkata, berdasarkan pemeriksaan terhadap kapal tangki ‘Clipper Hermod’ mempunyai 20 kru lelaki termasuk nakhoda terdiri daripada warga Norway, Rusia, Latvia dan Filipina.
“Kesemua mereka mempunyai dokumen diri yang sah dan dalam perjalanan dari Singapura.
“Mereka berlabuh di perairan negara ini bagi menunggu arahan tugas seterusnya dari pihak syarikat yang berpangkalan di Norway,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kata beliau, hasil siasatan mendapati nakhoda kapal gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh dan melakukan kesalahandi bawah Seksyen 491B(1)(l) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.
Ujarnya, jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929