fbpx

Jihaa mahu berganding dengan Hairul Azreen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JIHAA mengimpikan lelaki yang berbudi bahasa serta memiliki ilmu agama.

SEJAK di bangku sekolah lagi, gadis kelahiran Johor Bahru, Nur Fatin Najihah Noor Hisham, 22, aktif dalam sukan dan persembahan pentas antaranya tarian zapin, gendang Cina serta lakonan sketsa.

Minatnya itu diteruskan sewaktu menuntut di Politeknik Ibrahim Sultan di Johor Bahru pada 2017 dengan mengikuti kelas sukan luncur ais bersama jurulatih profesional.

Graduan Diploma Pengurusan Acara yang lebih manja dipanggil Jihaa ini pernah menjadi jurulatih sukan tersebut di Paradigm Mall Johor Bahru tahun lalu.

Meminati pelakon Maya Karin, Jihaa mempertaruhkan bakat lakonannya untuk terus melangkah jauh apabila menceburi bidang peragaan dan lakonan sejak Julai tahun lalu.

Gadis manis dan periang ini berkongsi kisahnya sepanjang bergelar model dan pelakon dalam pandemik Covid-19 ini.

Kosmo! Ahad: Sejak bila Najiha menjadi model?
Najiha: Jihaa menceburi bidang peragaan sejak 2016 sebelum berkecimpung dengan lakonan selepas menyertai ranca­ngan realiti Ratu Hijabista di Astro Prima, Julai tahun lalu.

Pengalaman awal dalam bidang tersebut?
Berpeluang menunjukkan bakat drama Aku seorang Perempuan arahan Hashim Rejab dan juga telefilem Diam Tanda Setuju arahan Osman Ali. Jihaa memang suka berlakon, malah sejak kecil berangan mahu menjadi pelakon popular, kiranya impian hampir tercapai.

Idola dalam lakonan?
Jihaa sangat menyukai lakonan Maya Karin, dia punya feel lain dari yang lain. Saya berharap dapat bergandingan dengan Maya Karin dan Hairul Azreen satu hari nanti.

Apa yang perlu ada pada seorang model dan pelakon muda?
Personaliti dan disiplin. Dua perkara itu paling penting sebab ia mampu memberi gambaran bahawa seseorang itu bagus dalam kerjayanya.

Bagaimana untuk memastikan anda terus kekal dalam bidang tersebut?
Jihaa sentiasa menerapkan prinsip give and take, sebagai seorang influencer, kita perlu beri yang terbaik untuk terus kekal relevan.

REDA dan restu ibu penting dalam setiap langkah Jihaa.

Mana lebih penting, popular seperti instafamous atau bakat?
Jumlah followers memainkan peranan dalam memasarkan sesuatu produk selain bakat sebagai pelakon dan menjadi ins­tafamous itu adalah bonus.

Bagaimana kerjaya dalam situasi pandemik?
Ramai yang terkesan termasuk kru produksi bukan sahaja pelakon atau model. Jihaa sendiri memanfaatkan waktu ini dengan berekspresi dan meningkatkan kebolehan diri. Gunakan media sosial untuk berkarya.

Kawalan kendiri yang dilakukan sewaktu pandemik?
Muhasabah diri dan setiap hari akan berhubung dengan ibu bercerita tentang apa yang Jihaa lalui. Restu dan reda seorang ibu itu sangat penting dan Insya-Allah Allah akan melindungi kita.

Harapan anda sebagai rak­yat?
Setiap orang patut ada rasa tanggungjawab untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan tidak mementingkan diri sehingga mencetuskan risiko penularan Covid-19.

Kongsi ciri-ciri pasangan hidup?
Dia mestilah seorang yang pandai bergaul dan soft spoken selain memiliki ilmu agama. Jihaa tidak suka lelaki yang suka mengomel dan menghukum orang lain. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI