fbpx

Ikan selayang, kembung cuma 20 sen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas Dapur Infaq Ummah Kuantan membantu pelanggan membeli ikan selayang dan kembung pada harga 20 sen seekor.

KUANTAN – Hanya bayar 20 sen dan anda boleh membeli seekor ikan selayang atau kembung.

Tawaran melalui jualan amal itu dianjurkan badan bukan kerajaan (NGO) Dapur Infaq Ummah Kuantan di Indera Mahkota, di sini hari ini.

Pengasas Dapur Infaq, Badrul Jamili Kamaruddin berkata, program jualan amal itu adalah bagi membantu mereka yang terkesan akibat perintah kawalan pergerakan (PKP) dan kehilangan sumber pendapatan.

“Kita mendapat kerjasama baik daripada pemborong ikan di Pasar Borong Kuantan bagi menyediakan bekalan ikan untuk dijual melalui program ini.

“Setiap orang boleh membeli ikan kembung atau selayang pada harga 20 sen seekor dengan jumlah maksimum setiap orang hanya dibenarkan membeli 30 ekor sahaja,” katanya ketika ditemui selepas program berkenaan.

Menurut Badrul Jamili, pihaknya menyediakan 150 kilogram (kg) ikan selayang dan kembung untuk program jualan hari ini dan semuanya habis terjual dalam masa kira-kira tiga jam.

Katanya, program jualan ikan pada harga lebih murah berbanding di pasaran itu adalah susulan penganjuran jualan ayam segar berharga RM5 seekor dianjurkan Dapur Infaq Ummah Kuantan sebelum ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI