fbpx

Ibu Shuib ‘sedih sangat’ Remy Ishak nikah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAMIAH teruja apabila berpeluang berbual dengan Remy menerusi satu panggilan video hari ini.

PETALING JAYA – “Jadi suami yang baik seperti dalam drama lakonan awak sebelum ini.”

Itu antara nasihat yang dititipkan ibu kepada pelawak, Shuib iaitu Salamiah Jalani kepada aktor pujaannya, Remy Ishak dalam satu panggilan video hari ini.

Menerusi panggilan video istimewa yang dibuat Shuib untuk ibunya itu, Salamiah dilihat teruja apabila berpeluang untuk berbual dengan Remy.

“Selamat pengantin baharu, diam-diam ya. Ya Allah minatnya awak dan orang rumah (isteri) pun cantik.

“Selepas ini boleh ke tengok awak lagi? Sedih sangatlah (ketawa),” kata Salamiah berseloroh.

Sempat menitipkan pesanan, Salamiah menasihatkan agar pelakon filem Sangkar itu sentiasa menjadi suami mithali seperti watak yang pernah dilakonkannya sebelum ini.

“Jaga isteri baik-baik seperti yang mak cik selalu tonton dalam drama.

“Dalam luar drama pun perlu lebih baik lagi. Seronok sangatlah nampak awak.

“Apa pun, selamat pengantin baharu sehingga kekal hingga syurga,” katanya lagi.

Menjawab pertanyaan Salamiah, Remy memberitahu dia tiada niat untuk merahsiakan pernikahannya kerana risau jika ada perkara yang berlaku.

“Diam-diam sajalah mak cik, saya nak bising-bising pun takut ada benda yang tak baik,” jawabnya.

Semalam, Remy selamat melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihan hatinya, Ezza Yusof, 38, dalam satu majlis ringkas di Masjid Negara. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI