fbpx

Empat individu termasuk kakitangan JKR disambung reman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Empat termasuk jurutera yang disyaki terlibat dalam rasuah bernilai RM120,000 berhubung projek jalan dan sekolah tahfiz disambung reman dua hari lagi, bermula esok.

Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret Siti Hajar Ali terhadap kesemua suspek berusia 40 hingga 45 tahun selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mereka sebelum ini direman lima hari bermula Rabu lalu dan tamat hari ini.

Terdahulu, keempat suspek ditahan bermula pukul 1.30 hingga 5 petang, 17 Ogos lalu ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor, Selasa lalu.

Mereka termasuk dua kakitangan Jabatan Kerja Raya ( JKR ) Hulu Selangor dipercayai meminta dan menerima rasuah berjumlah lebih RM120,000 daripada kontraktor terbabit.

Tindakan itu dipercayai bagi mendapatkan kerja-kerja pembinaan jalan raya dan pembinaan sekolah tahfiz di daerah tersebut.

Difahamkan, kontraktor terbabit tidak layak untuk memperoleh projek tersebut namun telah menggunakan nama syarikat-syarikat lain bagi membolehkan mereka mendapat projek itu. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI