fbpx

CITF nafi khidmat GP dihentikan pada masa depan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kakitangan KPJ menyerahkan produk Antabax kepada pengguna yang mendapat suntikan vaksin.

PUTRAJAYA – Dakwaan mengaitkan kononnya pembabitan pengamal perubatan am swasta (GP) dihentikan dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah tidak tepat.

Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, dakwaan itu tidak benar sebaliknya khidmat GP akan dipertimbangkan lagi pada masa depan bagi menjamin kesinambungan PICK kerana tiada lagi PPV akan beroperasi ketika itu.

“CITF amat menghargai perkhidmatan yang diberikan oleh GP dalam PICK kerana membantu menyumbang kepada pencapaian negara mencatatkan kadar vaksinasi harian per kapita antara terpantas di dunia baru-baru ini.

“Dalam Operasi Lonjakan Kapasiti di Lembah Klang baru-baru ini, GP menyumbang lebih kurang lima peratus daripada keseluruhan suntikan yang diberikan sepanjang tempoh itu,” katanya.

CITF berkata, setakat 21 Ogos lalu, populasi dewasa Lembah Klang yang telah menerima sekurang-kurangnya dos satu adalah sebanyak 107.7 peratus, yang juga mengambil kira vaksinasi yang diberikan kepada penduduk tanpa dokumen dan golongan bukan pemastautin. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI