fbpx

Bekas penjawat awam dalang sindiket seludup migran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara migran dari Indonesia yang ditahan dalam operasi khas di Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor kelmarin.

KOTA TINGGI – Seorang bekas penjawat awam antara dua orang tekong yang ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam operasi khas yang berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan migran di Tanjung Sedili di sini kelmarin.

Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Indera Khairul Dzaimee Daud berkata, Ops Seludup yang turut dibantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu berjaya menahan lelaki berkenaan berumur 33 tahun bersama seorang lelaki warganegara Indonesia berusia 35 tahun sebagai dalang.

Katanya, turut ditahan seramai 18 orang migran warganegara Indonesia yang cuba diseludup masuk.

“Ketika operasi dijalankan migran berkenaan sedang diangkut dengan menggunakan tiga buah kenderaan yang masing-masing dipandu oleh kedua-dua orang tekong tersebut manakala seorang lagi pemandu berjaya melarikan diri.

“Pasukan operasi telah mendapat maklumat bahawa sekumpulan migran yang diseludup dijangka mendarat di Pantai Tanjung Lompat, Johor antara pukul 3 hingga 5 pagi.

“Susulan itu pasukan operasi telah digerakkan dan berjaya memintas kenderaan-kenderaan yang membawa migran-migran tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, kesemua 18 orang migran yang ditangkap ini akan disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki Malaysia tanpa suatu pas yang sah.

Katanya, manakala kedua-dua tekong tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 bagi kesalahan menyeludup migran. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI