fbpx

Banjir di Kerian makin buruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis mengawal laluan susur keluar Lebuh Raya Utara Selatan di Alor Pongsu yang ditutup kerana dinaiki air.

KERIAN – Bilangan mangsa banjir di Perak terus meningkat kepada 223 orang daripada 65 keluarga berbanding 186 orang daripada 57 keluarga petang semalam.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata, ia berikutan keadaan banjir yang semakin buruk di daerah Kerian.

Menurutnya, setakat tengah malam tadi, seramai 44 orang orang daripada 14 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Pongsu.

“Jumlah ini meningkat 33 orang berbanding 11 orang daripada lima keluarga petang semalam dari Kampung Matang Pasir dan Kampung Parit Simpang Lima.

“Mangsa yang ditempatkan di PPS SK Changkat Lobak pula 71 orang daripada 18 keluarga,” ujar jurucakap tersebut. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI