fbpx

Bali mahu jadi hab kuarantin Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGUNJUNG pantai bersiap sedia untuk melakukan aktiviti luncur angin di pantai Sanur, Bali, 10 Ogos lepas. – AFP

JAKARTA – Wilayah pelancongan Indonesia, Bali diharap dapat menjadi hab kuarantin pelancong asing yang datang ke negara itu bagi merancakkan semula ekonomi di pulau peranginan tersebut, lapor portal berita Coconuts, kelmarin.

Menurut Timbalan Gabenor Bali, Tjokorda Oka Artha Ardana Sukawati, idea tersebut menerima sambutan baik daripada pelancong luar negara untuk bercuti sambil menjalani kuarantin sebaik tiba di Indonesia.

“Pelan untuk menjadikan Bali sebagai hab kuarantin pelancong luar negara boleh menghidupkan semula aktiviti ekonomi masyarakat tempatan.

“Para pelancong boleh bersiar-siar di Bali dan meneruskan perjalanan ke wilayah lain seperti Jakarta, Jogjakarta dan sebagainya selepas tamat tempoh kuarantin,” jelas Tjokorda dalam satu sidang akhbar secara maya.

Sepanjang penularan Covid-19, Indonesia mengenakan syarat kuarantin wajib buat pengunjung asing di Jakarta sebelum mereka dibenarkan meneruskan perjalanan ke lokasi lain.

Tambah Tjokorda, proses kuarantin di Jakarta tidak memberi impak besar kepada sektor ekonomi berbanding dengan mengadakannya di Bali.

“Kehadiran pelancong asing untuk menjalani kuarantin di Bali akan menaikkan semangat pengusaha tempatan yang berdepan kehilangan punca pendapatan sejak 18 bulan lepas,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Badan Pengurusan Bencana  Nasional (BNPB), Ganip Warsito memberitahu, Pasukan Petugas Covid-19 Indonesia akan mempertimbangkan cadangan tersebut.

Setakat ini, Indonesia masih menutup pintu sempadannya buat pelancong asing disebabkan pelaksanaan Perintah Sekatan Aktiviti Masyarakat (PPKM) darurat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI