fbpx

Arteta ada rancangan sekat aksi Lukaku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARSENAL berdepan tugas sukar apabila perlu mencari kemenangan ke atas Chelsea selepas tewas aksi pertama minggu lalu. – AFP

LONDON – Penyerang baharu Chelsea, Romelu Lukaku mampu untuk mengucar-kacirkan benteng pertahanan Arsenal menjelang pertemuan kedua-dua pasukan pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Emirates malam ini.

Bagaimanapun, pengurus Arsenal, Mikel Arteta menegaskan, beliau sudah memiliki rancangan terbaik mengenai bagaimana untuk merantai pergerakan pemain antarabangsa Belgium itu.

Selepas menyertai latihan Selasa lalu, Lukaku dijangka sudah bersiap sedia untuk diturunkan bagi mengetuai jentera serangan The Blues dalam usaha memburu kemenangan kedua musim ini.

“Saya tidak tahu sama ada dia (Lukaku) akan bermain ataupun tidak pada perlawanan itu nanti. Semua orang tahu dia mampu untuk melakukan sesuatu pada perlawanan itu.

“Kami sudah ada rancangan bagaimana mahu menyekat Chelsea dan pemain-pemain Arsenal juga sudah bersedia untuk menampilkan aksi terbaik bagi mendapatkan tiga mata,” kata Arteta.

Sedar dengan kemampuan yang dimiliki Chelsea, pengendali dari Sepanyol itu turut mengharapkan sokongan padu penyokong bagi memastikan pasukan lawan pulang dengan kekecewaan.

“Mereka adalah sebuah pasukan yang dibarisi pemain-pemain berkelas dunia serta dibimbing oleh jurulatih berkaliber. Saya percaya penyokong kami akan bersama-sama pasukan dari awal perlawanan untuk mencari kemenangan,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI