fbpx

430 petugas cari dua mangsa hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mazlan (dua dari kiri) diberi taklimat mengenai operasi SAR mangsa kepala air di kawasan peranginan Air Terjun Titi Hayun, Yan hari ini.

YAN – Seramai 430 petugas daripada pelbagai agensi terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua mangsa kepala air di Gunung Jerai yang masih belum ditemui sejak kejadian pada Rabu lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim memberitahu, operasi pencarian dua mangsa yang masuk hari kelima itu bertumpu di kawasan peranginan Air Terjun Titi Hayun dan Air Terjun Batu Hampar.

“Petugas terlibat seperti polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysa (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) ini akan meneruskan operasi SAR dua mangsa yang masih hilang ini.

“Jumlah petugas adalah mencukupi kerana kita turut menggunakan aset-aset seperti helikopter, dron dan bot Pasukan Polis Marin (PPM) selain Unit Anjing Pengesan (K9) dalam operasi mencari dan menyelamat ini,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Yan di sini hari ini.

Mazlan bersama Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat kemudian melakukan tinjauan di kawasan terjejas termasuk lokasi operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua lagi mangsa yang masih hilang di Air Terjun Titi Hayun dan Air Terjun Batu Hampar di sini.

Kata beliau, warga emas yang hilang berhampiran kawasan Batu Hampar merupakan pesakit terlantar dengan katil dan tilamnya telah ditemui manakala seorang lagi mangsa merupakan pekerja binaan sebuah dangau dan mangsa dilaporkan hilang di Titi Hayun. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI