fbpx

‘Ya, memang benar Elisya dah nikah’ – Ibu kandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MENURUT ibunya, Elisya Sandha sah bernikah dengan Uzair Haqimy hari ini.

PETALING JAYA – “Ya, memang benar Elisya dah nikah.”

Demikian respons ringkas ibu kepada pelakon jelita, Elisya Sandha iaitu Hatijah Teh Man mengesahkan anak bongsu kesayangannya itu sudah bernikah hari ini dengan lelaki pilihannya, Uzair Haqimy.

Hatijah ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi memberitahu, sudah beberapa kali usaha untuk menyatukan Elisya dengan anak sulung kepada pelakon dan penerbit terkenal, Sheila Rusly itu menerusi ikatan perkahwinan yang sah namun tertangguh disebabkan pandemik Covid-19.

“Sebenarnya, sudah dua kali Elisya berhasrat nak bernikah iaitu pada bulan Jun dan bulan lepas (Julai) tapi disebabkan kes Covid-19 terus meningkat, terpaksa ditangguhkan.

“Jadi, apabila kelonggaran untuk melangsungkan pernikahan dibenarkan termasuk masjid pun sudah dibuka, dah sampai jodohnya bernikah hari ini. Untuk perincian lain, Elisya sendiri yang akan maklumkan,” ujar Hatijah.

Hari ini, Elisha mengejutkan orang ramai apabila memuat naik sekeping foto dirinya berbusana pengantin berona putih dalam Instagram miliknya dengan kapsyen ringkas: “Bismillahirahmanirahim.”

Dalam pada itu, menerusi satu entri dalam Instagram Story, Elisya atau nama lengkapnya, Nur Elisya Hassan, 22, memuat naik sekeping video ringkas dipercayai kad undangan pernikahannya seraya menulis: “The Effort. Alhamdulillah everything went smoothly. (Usaha. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar).

Terdahulu, awal Januari lalu, Elisya selamat mengikat tali pertunangan dengan Uzair Haqimy dalam satu majlis ringkas yang hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua pihak. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI