fbpx

Wanita dakwa dapat perlindungan entiti halus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita mendakwa hantu yang mendiami tapak lama bekas Jel Daerah Chester membantu melindunginya dari malapetaka. - Daily Star

COLUMBIA, Carolina Selatan – Seorang wanita yang mengaku sebagai ahli psikik mendakwa dia dilindungi oleh sekumpulan entiti yang mendiami tapak lama Jel Daerah Chester, lapor akhbar Daily Star, semalam.

Liz Smith-Anderson berkata sudah beberapa kali nyawanya diselamatkan oleh hantu di tapak jel lama yang kini dijadikan sebuah muzium.

Wanita yang turut mengendalikan Pusat Sejarah Daerah Chester itu berkata, dia terlibat dalam beberapa insiden berbahaya ketika menjalankan tugasan di tapak berkenaan namun sentiasa terselamat.

“Saya percaya hantu-hantu dari tapak lama jel yang membantu menyelamatkan nyawa saya apabila terjatuh ketika membawa barangan tajam.

“Saya terselamat tanpa sebarang kecederaan walaupun kotak berisi senjata tajam itu jatuh menimpa saya,” katanya.

Tambahnya, kejadian itu membuatkan dia sentiasa bersyukur kerana dilindungi oleh hantu dan percaya bahawa makhluk halus itu sememangnya wujud.

“Hantu itu adalah benar, mungkin kita tidak boleh melihat mereka tetapi mereka ada di sekeliling kita,” ujarnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI