fbpx

Ucapara pelantikan PM ke-9 selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri pada Istiadat pengurniaan surat cara pelantikan, istiadat mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia di Istana Negara sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kini sah dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan di Istana Negara hari ini.

Istiadat pengurniaan surat cara pelantikan, mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia itu bermula kira-kira pukul 2.30 petang hari ini.

Pada majlis tersebut, Ismail Sabri membacakan sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Bismillahirahmanirahim. Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Saya, Ismail Sabri bin Yaakob, setelah dilantik memegang jawatan seorang Perdana Menteri, dengan sesungguhnya bersumpah, bahawa saya akan dengan jujur menunaikan kewajipan-kewajipan jawatan itu dengan segala daya upaya saya, bahawa saya akan menumpahkan taat setia yang sebenarnya kepada Malaysia dan akan memelihara melindungi dan mempertahankan Perlembagaannya.

“Bismillahirahmanirahim. Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Saya, Ismail Sabri bin Yaakob, dengan sesungguhnya bersumpah, bahawa saya tidak akan memberitahu atau menzahirkan kepada mana-mana orang sama ada secara langsung atau secara tidak langsung apa-apa perkara yang dibawa untuk pertimbangan saya atau yang akan saya ketahui sebagai seorang Perdana Menteri kecuali sebagaimana yang mungkin dikehendaki untuk menunaikan dengan sewajarnya kewajipan-kewajipan saya sebagai yang demikian atau sebagaimana yang mungkin dibenarkan dengan khas oleh Yang di-Pertuan Agong,” katanya hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI